Sunday, January 31, 2010

Sholat Sunat Awwabin




Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib. 
 
Fadhilat Solat Awwabin

Sabda Nabi saw yang bermaksud: 
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;

Artinya : Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Keutamaan Salat

Keutamaan salat tersebut berdasarkan sabda Rasul Yang berbunyi, “Siapa yang shalat enam rakaat tanpa disela dengan pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama dua belas tahun.” (HR at-Tirmidzi. Hadis Gharib)

Cara Mengerjakan

Solat Sunat Awwabin dikerjakan seperti Solat Sunat yang lain. Niat untuk mengerjakan solat sunat Awwabin adalah
yang bermaksud "Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Hadis Berkaitan
Para [[ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat awwabin dilakukan antara waktu maghrib dan isya.
Tirmidzi meriwayatkan hadist dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda "Barang siapa solat 6 rakaat setelah maghrib, di sela-selanya tidak berbicara kotor, maka ia mendapatkan pahala ibadah selama 12 tahun. http://www.livingislam.org

Kemudian beliau juga meriwayatkan dari Aisyah bahwa Rasulullah bersabda "Barangsiapa solat 20 rakaat setelah maka Allah mambangun rumah di sorga untuknya", Tirmidzi berkata, hadis Abu Harairah "gharib" (hanya diriwayatkan seorang rawi yang tidak kuat).

Tabrani juga meriwayatkan dari Ammar bin Yasir, Rasulullah bersabda "Barangsiapa melakukan shalat 6 rakaat setelah aghrib, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak ombak lautan". Ibnu Majah dan Ibnu Huzaimah juga meriwayatkan serupa.

Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin adalah nama lain dari solat dhuha.
Daripada Abu Hurairah maksudnya :"Kekasihku Rasullullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

Sabda Nabi : "Salatnya orang-orang awwabin (yang sering bertaubat kepada Allah) adalah ketika anak unta merasa kepanasan" (HR. Muslim : 848)

Demikian pula sabda nabi : "Tidak ada yang menjaga solat Dhuha kecuali orang awwab (sering bertaubat). Rasulullah bersabda: "Itu adalah shalatnya orang-orang yang sering bertaubat" (HR Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya: 1224, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 1/313 Ath Thabarani dalam Al-Ausath: 4322. Disahihkan Al Hakim dan disepakati Adz-Dzahabi. Dan dihasankan Al-Albani dalam silsilah Ash-Shahihah no. 707).

No comments:

Post a Comment